Selamat datang robot penghantar makanan dan minuman

Iklan
Khidmat robot kini digunakan di restoran-restoran untuk menghantar makanan dan minuman yang dipesan pelanggan. - Foto 123RF

SEMAKIN banyak restoran di ibu kota menggunakan khidmat robot untuk menghantar makanan dan minuman yang dipesan pelanggan.

Merak Jalanan lihat ia merupakan satu inisiatif terbaik untuk mengatasi masalah kekurangan pekerja dalam industri perkhidmatan tersebut.

Iklan
Iklan

Sebelum ini, ramai pemilik restoran mengeluh apabila mereka sukar untuk mendapat khidmat pekerja asing dan juga pekerja tempatan.

Rata-rata pekerja tempatan di negara ini pula tidak mahu lagi untuk menjadi pelayan di restoran kerana taraf pendidikan rakyat yang bertambah baik.

Iklan

Pekerja asing pula tidak dapat dibawa masuk pada ketika ini disebabkan masalah Covid-19.

Oleh yang demikian, khidmat robot merupakan satu alternatif yang baik, malah, pemilik restoran akan dapat menjana lebih banyak keuntungan.

Iklan

Ini kerana, robot boleh bekerja setiap hari dan masa tanpa berhenti walaupun sesaat, malah majikan tidak perlu membayar 'EPF' serta 'Socso' atau pemberian bonus tahunan. Inilah kelebihan mengambil robot sebagai pekerja.

Bagaimanapun, ada juga pengusaha restoran agak pesimis terhadap penggunaan teknologi terbaharu itu kerana bagi mereka pelanggan perlu dilayan dengan baik dan mendapat 'sentuhan manusiawi'.

Kata mereka, ada pelanggan yang mempunyai pelbagai kehendak dan keinginan menyebabkan tenaga manusia amat penting. Pekerja 'manusia' akan memenuhi keperluan pelanggan.

Namun sebenarnya, perniagaan perlu adaptasi dengan keadaan semasa dan pelanggan juga akan berubah sesuai dengan perkembangan teknologi terkini.

Sementara itu, dengan perkembangan teknologi ini juga, anak muda negara juga perlu bersedia untuk melengkapkan diri dengan kemahiran yang mencukupi.

Mungkin, peluang kerja sebagai 'mekanik' robot ini pada suatu hari nanti akan terbuka luas dan dapat menjana pendapatan.