Lima empangan mini akan dibina
Iklan
Antara empangan mini yang siap dibina bagi membantu mengatasi kebakaran tanah gambut.
KUALA TERENGGANU - Sebanyak lima lagi empangan kecil akan dibina di negeri ini dengan peruntukkan sebanyak RM280,000 termasuk kos penyelenggaraan bagi mengatasi masalah kebakaran hutan tanah gambut di Terengganu.
Penolong Jurutera Kanan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu, Saifuddin Mohamad berkata, lima empangan kecil itu melibatkan seunit empangan di daerah Kemaman, dua di Dungun dan selebihnya di Setiu.
Iklan
Iklan
"Secara keseluruhan, JPS membina sebanyak 46 unit empangan kecil dalam tempoh empat tahun bermula 2014 dan sebuah kolam takungan bagi kegunaan pihak bomba.
"Infrastruktur ini dibina untuk pihak bomba mendapatkan bekalan air untuk kawal kebakaran membabitkan tanah gambut,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat penyelarasan projek pembinaan infrastruktur bagi pencegahan kebakaran dan pengurusan tanah gambut yang sering terbakar di Terengganu, hari ini.
Iklan
Iklan
Saifuddin berkata, kerja-kerja pembinaan lima empangan kecil itu akan dimulakan April ini dan dijangka siap dalam tempoh empat hingga lima minggu.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Pelantikan ADUN wakil parti Gerakan dibuat hari pertama Sidang DUN - Ahmad Samsuri"><meta itemprop="description" content="Proses pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan mewakili kaum Cina daripada Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) akan dilaksanakan pada hari pertama Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada 16 November ini.
​Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, langkah itu bagi membolehkan wakil tersebut mengangkat sumpah dan seterusnya mengambil bahagian dalam perbahasan pembentangan belanjawan kerajaan negeri.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804122/edisi/terengganu/pelantikan-adun-wakil-parti-gerakan-dibuat-hari-pertama-sidang-dun---ahmad-samsuri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ADUN #Gerakan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-11T08:47:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gqMrA1gz2kLJ7XcK6/x1080"><meta itemprop="duration" content="P70S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvp4cq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvp4cq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvp4cq"></script>