Rossi sifatkan persaraanya satu perkara yang sukar

Iklan
Rossi diraikan selepas melakukan penampilan terakhir MotoGP di Valencia

LEGENDA MotoGP, Valentino Rossi menyifatkan persaraannya akan menjadi sukar terutama pada Mac ketika bermulanya musim baru MotoGP.

Pelumba berusia 42 tahun yang juga merupakan juara dunia sembilan kali dalam semua kategori itu menamatkan saingan di kedudukan ke-10 bersama jentera Yamaha dalam penampilan terakhirnya di Valencia.

Iklan
Iklan

Untuk rekod perlumbaan tersebut juga merupakan perlumbaan ke-432 sejak memulakan kariernya pada 1996.

"Saya sangat bermotivasi dan fokus saya seperti mahu memenangi kejuaraan dunia kerana perlumbaan terakhir cukup istimewa dan sangat penting.

Iklan

"Ia bukan mudah kerana terdapat banyak tekanan tetapi saya mampu menduduki kedudukan 10 terbaik, jadi saya mengakhiri karier panjang dengan muncul 10 pelumba terbaik di dunia.

"Ia amat penting kerana saya sering katakan pada perlumbaan terakhir, saya mahu menamatkan saingan di kedudukan 10 terbaik.

Iklan

Saya tak mahu menamatkan perlumbaan di kedudukan terakhir," katanya.

Pada perlumbaan tersebut,nama Rossi dan nombor 'VR46' dapat dilihat di mana-mana sekitar litar Ricardo Tormo bagi memberi penghormatan kepada pelumba yang dikenali sebagai 'The Doctor' itu.

"Ia minggu yang sangat istimewa.Saya tak menjangkakan perkara itu. Saya hanya sedikit bimbang mengenai perlumbaan terakhir saya."kata Rossi yang memenangi tujuh kejuaraan dunia dalam kelas perdana (500cc dan MotoGP) selain dua kejuaraan dunia kelas 125cc dan 250cc.