Liputan telekomunikasi lebih baik terus dipertingkat
Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF
PADANG BESAR - Liputan telekomunikasi yang lebih baik terus diberi penekanan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), bagi memastikan tiada rakyat tertinggal dalam mendapatkan maklumat semasa menerusi saluran yang disediakan kerajaan.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, bagi tujuan itu, kerajaan sedang berusaha meningkatkan taraf liputan telekomunikasi di kawasan luar bandar.
Iklan
Iklan
"Ada kawasan yang kadang-kadang liputannya tidak kuat (merujuk kepada isyarat talian di telefon bimbit). Jadi, ini yang kita nak beri penekanan. Kita akan mengadakan pertemuan dengan wakil rakyat di negeri-negeri, untuk berbincang (keadaan liputan) dalam masa terdekat,” katanya kepada Bernama pada program bersama petugas barisan hadapan di Kampung Beseri Dalam dekat sini, pada Sabtu
Zahidi, yang juga Ahli Parlimen Padang Besar turut menyerahkan bakul makanan kepada 130 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), sebagai menghargai jasa dan pengorbanan mereka yang bertugas ketika negara dilanda pandemik Covid-19.
Iklan
Mengulas lanjut, beliau berkata, sesetengah kawasan sudah ada menara telekomunikasi tetapi menghadapi isyarat yang lemah, sekali gus memerlukan usaha kementerian mencari pendekatan berkesan bagi menambah baik kemudahan tersebut. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sekatan ke luar negara libatkan peminjam PTPTN berpendapatan tinggi yang culas - Adam Adli"><meta itemprop="description" content="Sekatan perjalanan ke luar negara hanya dikenakan terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berpendapatan tinggi dan mencukupi yang culas membuat bayaran balik, kata Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abd Halim.
Beliau berkata, tindakan tegas itu bukan kepada peminjam yang baru menamatkan pengajian atau belum mempunyai pendapatan, apatah lagi mereka yang tergolong dalam kalangan B40 atau M40.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/767413/berita/nasional/sekatan-ke-luar-negara-hanya-kepada-peminjam-ptptn-berpendapatan-tinggi-yang-culas---adam-adli
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangparlimen #sidangdewanrakyat #PTPTN #AdamAdli"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-09T06:52:39.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Z_dm01fYOGtZ0r8KA/x180"><meta itemprop="duration" content="P114S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.html?video=x9zj94w"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.js" data-video="x9zj94w"></script>