Israel adakan latihan peperangan hadapi varian Covid-19

Iklan
Israel mengadakan latihan peperangan bagi menghadapi varian baharu Covid-19 pada Khamis. - Foto AFP

BAITULMAQDIS - Israel pada Khamis mengadakan latihan peperangan sebagai persediaan untuk menghadapi penularan satu varian baharu Covid-19 iaitu yang pertama kali diadakan di dunia.

Para pegawai awam dan tentera mengambil bahagian dalam latihan tersebut yang diberi nama Omega serta diadakan di Pusat Pengurusan Kebangsaan yang kalis letupan nuklear di Baitulmaqdis.

Iklan
Iklan

Latihan itu diadakan meliputi pelbagai aspek krisis termasuk inokulasi secara besar-besaran, perintah berkurung dan larangan penerbangan, kata Pejabat Perdana Menteri Israel, Naftali Bennett.

"Kami berjaya menewaskan gelombang keempat dan kami sedang menuju ke hadapan bagi keluar daripada varian Delta.

Iklan

"Namun, pada masa yang sama, kami sentiasa melangkah ke hadapan," kata pejabat berkenaan.

Bennett yang melawat pusat tersebut berkata, ancaman terbesar varian baharu itu masih lagi tidak diketahui tetapi ia dijangka lebih berbahaya dan mudah berjangkit serta kalis vaksin.

Iklan

Varian baharu itu juga tidak diketahui bila ia akan muncul.

Bagi menterjemahkan kepada situasi sebenar, latihan peperangan itu diadakan dalam tiga sesi. - Agensi