Malaysia, Indonesia boleh tingkatkan kerjasama sektor ESG

Iklan
Tengku Zafrul

BANDUNG - Kerjasama antara Malaysia dan Indonesia dalam sektor agenda kelestarian alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) boleh ditingkatkan untuk membina sebuah ekonomi yang lebih mampan bagi kedua-dua negara, kata Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Hal ini dikenal pasti oleh beliau selepas mengadakan pertemuan dengan rakan sejawat dari Indonesia, Mulyani Indrawati di Jakarta pada Khamis.

Iklan
Iklan

"Sememangnya perbincangan selama lebih satu jam ini amat bermakna sekali. ⠀⠀

"Banyak perkara yang telah kami bincangkan terutamanya kerjasama dalam sektor perkastaman, kewangan syariah dan ESG," kata beliau menerusi hantaran terbaharu di Facebooknya.

Iklan

Tengku Zafrul juga yakin ekonomi dua hala Malaysia-Indonesia boleh dipertingkatkan untuk kemakmuran bersama hasil hubungan erat di antara kedua-dua kementerian.

"Ini juga amat penting dalam menyumbang kepada kemajuan rantau ASEAN," katanya.

Iklan

Tengku Zafrul berada di Jakarta, 150 km dari sini, mengiring Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sempena lawatan rasmi tiga hari ke Indonesia yang berakhir tengah hari tadi. - Bernama