KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Dua penunggang motosikal cedera parah dalam kemalangan membabitkan empat buah kenderaan di Jalan Kuching di sini, malam Selasa.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Superintendan Zulkafli Chek Lah berkata, kejadian berlaku pada jam 11.50 apabila sebuah kereta Perodua Viva terbabas dan memasuki laluan bertentangan.