KK Super Mart pertama di PPR

Iklan
Mahadi (dua dari kanan) menandatangani plak perasmian pembukaan outlet KK Super Mart yang ke-541 di PPR Pekan Kepong dan disaksikan oleh Pengurus Besar KK Super Mart, Tee Kok Hiem (kiri), Chai (dua dari kiri) serta Anwar (kanan) pada satu majlis perasmian yang diadakan pada 23 Oktober lalu.

KK Supermart & Superstores Sdn Bhd (KK Supermart) telah membuka outlet ke-541 KK Super Mart di kawasan kediaman Program Perumahan Rakyat (PPR) Pekan Kepong, Kuala Lumpur sekali gus menjadi outlet pertamanya beroperasi di dalam kawasan PPR.

Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Syarikat KK, Datuk KK Chai berkata, selain PPR Pekan Kepong, outlet kedua KK Super Mart ialah di PPR Intan Baiduri.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pembukaan cawangan di kedua-dua PPR itu merupakan kerjasama strategik antara KK Super Mart dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan sokongan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) melalui program MyJob@Wilayah.

"Kami fokus dengan program ini agar memberi lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk yang tinggal di PPR. Bukan setakat menawarkan keselesaan kepada penduduk PPR untuk mendapatkan variasi produk dan kemudahan malahan penduduk yang bekerja di KK Super Mart di sini juga akan menerima latihan dan kemahiran peruncitan sebelum memulakan kerjaya mereka di kedai,” katanya dalam satu kenyataan.

Iklan

Chai berkata, outlet di PPR lebih moden, berhawa dingin dengan jaminan variasi produk dan stok melebihi 9,000 ribu unit simpanan stok (SKU).

Pada 23 Oktober lalu, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah telah merasmikan cawangan KK Super Mart di PPR Pekan Kepong. Turut hadir Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosioekonomi DBKL, Anwar Mohd Zain dan Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar DBKL, Ismadi Sakirin.

Iklan