Dorsett Malaysia perkukuh hubungan dengan pelanggan menerusi Perfect 10

Iklan
Peggy (dua dari kiri) bersama tetamu kenamaan ketika pelancaran Perfect 10 di Dorsett Kuala Lumpur pada Khamis.

PERSAINGAN dalam industri perhotelan mendorong pemain sektor itu memberi lebih perhatian kepada usaha mengekalkan pelanggan, termasuk menerusi pengalaman penginapan yang dapat menggalakkan kunjungan berulang.

Dalam perkembangan itu, Dorsett Malaysia memperkenalkan Perfect 10, pengalaman terbaharu di bawah program kesetiaan Dorsett – Your Rewards yang menggabungkan penginapan, penerokaan destinasi dan ganjaran.

Iklan
Iklan

Pengurus Besar Dorsett Kuala Lumpur, Peggy Tan berkata, Perfect 10 diperkenalkan bagi menjadikan setiap penginapan bersama Dorsett lebih bermakna, selain memastikan pelanggan berasa dihargai.

Menerusi Perfect 10, ahli memperoleh satu cop bagi setiap malam penginapan yang layak apabila tempahan dibuat secara terus menerusi laman web rasmi hotel Dorsett – Your Rewards yang mengambil bahagian.

Iklan

Selepas melengkapkan 10 malam penginapan yang layak menerusi sekurang-kurangnya dua penginapan dalam tempoh 12 bulan, ahli akan menerima Kredit Ganjaran bersamaan nilai satu malam penginapan.

Sementara itu, Pengurus Pemasaran dan Komunikasi (MarCom) Dorsett Kuala Lumpur, Rosmarlianamanja berkata, Perfect 10 Experience Launch dianjurkan pada 1 Oktober lalu dengan menghimpunkan tetamu jemputan, pengamal media, pemimpin pendapat (KOL), rakan korporat serta ahli Dorsett – Your Rewards.

Iklan

Perfect 10 diperkenalkan bagi menjadikan setiap penginapan bersama Dorsett lebih bermakna, selain memastikan pelanggan berasa dihargai.

Katanya, konsep pelancaran itu direka supaya tetamu dapat merasai sendiri pengalaman yang ditawarkan, bukan sekadar mendengar penerangan mengenai program berkenaan.

“Untuk pelancaran Perfect 10, kami mahu tetamu merasai pengalaman perjalanan bersama Dorsett dan bukan sekadar mendengar mengenai program ini.

“Setiap titik pengalaman direka untuk mengetengahkan bahagian berbeza dalam pengalaman Dorsett, daripada cita rasa tempatan dan kesejahteraan kepada pengalaman jenama serta ganjaran.

“Ia juga menjadi peluang baik untuk kami berinteraksi dengan media, KOL dan rakan kongsi dalam suasana yang lebih interaktif serta memberi pengalaman yang lebih bermakna,” katanya.