Aafiyat Synergy catat jualan lebih RM2 juta

Iklan
Aidil Azwal Zainudin

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Aafiyat Group menerusi penjualan sneknya, Aafiyat Synergy merekodkan jumlah jualan melebihi RM2 juta pada tahun pertama didorong oleh permintaan tinggi terhadap produk makanan berkhasiat yang dijual pada harga berpatutan.

Presidennya, Aidil Azwal Zainudin berkata, Aafiyah Synergy telah membuka ruang kepada lebih 200 usahawan yang bertindak sebagai ejen dan stokis produk Aafiyat Synergy.

Iklan
Iklan

Menurutnya, jumlah ejen pula dijangka bakal berganda kepada 500 orang dalam tempoh 12 bulan akan datang.

"Aafiyat Synergy berjaya merekodkan jualan RM100,000 hanya kurang dua minggu ia ditubuhkan, menerusi penglibatan hanya 75 ejen.

Iklan

"Saya berkeyakinan hasil jumlah pelanggan Aafiyat Synergy bakal berganda dalam tempoh 12 bulan akan datang didorong pemulihan ekonomi yang semakin rancak dan peningkatan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan makanan yang bernutrisi bagi membantu tubuh untuk meningkatkan daya tahan melawan penyakit,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, bergerak ke hadapan, Aafiyat Group juga meletakkan sasaran jualan Aafiyat Synergy berjumlah RM5 juta bagi tahun 2022 dan jumlah itu diharap bakal berkembang kepada RM25 juta dalam tempoh lima tahun akan datang.

Iklan

"Sasaran itu didorong oleh faktor pemulihan ekonomi dan peningkatan permintaan umum terhadap produk makanan berkhasiat tinggi yang membantu meningkatkan daya tahan tubuh,” katanya.

Beliau berkata, Aafiyat Group berharap Aafiyat Synergy bersama program tanggungjawab korporat sosialnya, Yayasan Jariah Aafiyat (YJA) bakal mengembangkan lebih banyak inisiatif untuk membantu mengurangkan masalah kekurangan nutrisi dalam kalangan kanak-kanak daripada keluarga yang berpendapatan rendah.

"Ia antara lain bakal melibatkan pengagihan Aafiyat Synergy seperti Madu Stik, Kurma dan Granola,” katanya.

Mengulas lanjut, Aidil berkata, Aafiyat Synergy juga bakal melancarkan Synergy Mart bagi meluaskan capaian produknya ke seluruh negara terutamaya di lokasi-lokasi strategik.

"Aafiyat Group juga berhasrat membuka lima Synergy Mart pada 2022 dan dijangka berkembang ke 20 buah menjelang 2025,” katanya.

Aidil berkata, penubuhan Aafiyat Synergy setahun lalu bertitik tolak daripada hasrat untuk membasmi masalah kekurangan nutrisi dalam kalangan kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah, terutamanya ketika ramai rakyat Malaysia yang menerima kesan buruk akibat penularan wabak Covid-19 sepanjang 2020 hingga 2021.