'Sudah terlambat, tiada tempat untuk Bersatu dalam PRN Sarawak'
Iklan
Abdul Karim - Foto Astro Awani
KUCHING - Sudah terlambat bagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk meletakkan calon mereka bertanding dalam Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN) ke-12 Sarawak.
Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah menegaskan, Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah meletakkan calon di semua 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dari setiap parti komponen.
Iklan
Iklan
Justeru jelasnya, sudah tidak ada peluang dan ruang yang tersedia buat mana-mana parti daripada Semenanjung untuk bertanding dalam PRN kali ini walaupun GPS mesra Kerajaan Persekutuan.
"Jika GPS bertanding di semua 82 kerusi DUN, saya tidak rasa akan ada lagi kerusi yang tinggal untuk sahabat parti kita dari semenanjung walaupun GPS mesra dengan Kerajaan Persekutuan.
Iklan
"Mereka mesti menghormati perkara ini dan GPS juga telah meletakkan setiap calon daripada setiap komponen parti yang kita ada (PBB, SUPP, PDP dan PRS).
"Kita telah berbincang bersama calon dari setiap komponen parti siapa yang akan bertanding di DUN berkenaan. Mereka (Bersatu) sudah terlambat,” katanya semasa ditemui pemberita selepas merasmikan flag-off Sarawak Adventure Challenge di Siniawan Bau pada Ahad.
Iklan
Tambahnya, penyandang ADUN Krian, Datuk Ali Biju perlu mengikuti pendirian Ahli Parlimen Puncak Borneo, Datuk Willie Mongin yang telah mengesahkan tidak akan bertanding untuk dapatkan kerusi di DUN Sarawak dalam PRN ke-12 sebaliknya memberi laluan dan sokongan penuh kepada GPS.
"Datuk Willie Mongin juga akan memberikan sokongan kepada wakil GPS di dalam kawasan Parlimen beliau dan tidak akan bertanding dalam pilihan kali ini, maka ia adalah satu tindakan yang baik yang juga perlu diikuti oleh ahli parlimen atau ADUN yang bukan daripada GPS.
"Saya percaya PRN kali ini, GPS bakal menang bergaya kerana kita tidak bertanding untuk kalah, dan kita berharap rakyat Sarawak atau pengundi di negeri ini mengembalikan mandat itu kepada GPS,” katanya.
Untuk rekod, PRN ke-11 Sarawak, Datuk Ali Biju yang juga calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) ketika itu berjaya menewaskan wakil calon Barisan Nasional (BN) Kilat Beriak di DUN Krian dengan majoriti 1,640 undi. - Awani
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Empat negeri yang diterajui UMNO akan menggerakkan jentera bahagian dari seluruh negeri bagi membantu kempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei ini, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, jentera bahagian dari Melaka, Johor, Pahang dan Perak akan digerakkan segera.
Ahmad yang juga Ketua Sekretariat War Room UMNO Pusat menjelaskan, penghantaran jentera dari empat negeri itu membuktikan komitmen penuh untuk membantu calon Pakatan Harapan (PH) yang mewakili Kerajaan Perpaduan.
Jelasnya, setiap negeri akan menjaga dua kawasan pusat daerah mengundi (PDM) dan kemungkinan jumlah diperlukan seramai 10 orang bagi satu PDM.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662818/berita/politik/prk-kkb-umno-gerak-jentera-dari-empat-negeri-bantu-kempen
#SinarHarian #SinarLive #PRKKKB #jenteraUMNO #pilihanrayakecil