Tun Ameerul harap temui rentak

Iklan
Tun Ameerul Luqman Al-Hakim - Foto Bernama

PESAKIT tahap tiga, tidak dapat bergerak dan mengalami kekejangan otot, adalah episod ‘seram’ dialami atlet tenpin boling kebangsaan Tun Ameerul Luqman Al-Hakim Tun Hasnul Azam yang disahkan positif Covid-19 pada Mei lalu.

Bagi atlet berusia 22 tahun itu, ia adalah pengalaman yang tidak akan dilupakan apabila beliau terpaksa menghabiskan tempoh sembilan hari di hospital demi melawan virus berbahaya itu.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, beliau yang sesekali tidak menyerah kalah kepada virus kini pulih 100 peratus, dan bersedia untuk bersaing di pentas antarabangsa pada Kejohanan Boling Dunia di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Tun Ameerul Luqman berkata, setelah mengetahui bakal menyertai kejohanan dunia yang bermula Sabtu hingga 16 November ini, beliau terpaksa ‘ingkar’ kepada arahan doktor ketika menjalani pemulihan di rumah.

Iklan

"Saya disahkan positif Covid-19 pada awal Mei dan keadaan saya agak kritikal hingga terpaksa dimasukkan ke hospital untuk sembilan hari.

"Selepas dibenarkan keluar dari hospital, doktor menasihatkan saya sekadar menjalani latihan ringan tapi saya perlu berlatih termasuk melakukan aktiviti kardio untuk mengembalikan keadaan badan kepada asal,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Iklan

Oleh itu, beliau optimis selepas cabaran yang dilaluinya ketika diserang virus Covid-19 menjadi pembakar semangat untuknya meraih podium di UAE kelak.

Pada kejohanan dunia di Hong Kong tiga tahun lepas, Tun Ameerul Luqman yang ketika itu masih baharu, bergandingan dengan Adrian Ang, meraih pingat emas dalam kategori berpasangan lelaki.

Skuad tenpin boling negara diwakili 15 atlet, masing-masing lapan lelaki dan tujuh wanita bakal menyertai kejohanan di UAE. - Bernama