70 peratus pesakit kanser prostat di peringkat kritikal

Iklan
Dr Noor Ashani

SHAH ALAM - Dianggarkan sebanyak 70 peratus pesakit kanser prostat di negara ini berada di peringkat lewat iaitu kritikal yang tidak boleh sembuh meskipun menerima pelbagai rawatan.

Pakar Urologi Hospital Kuala Lumpur, Dr Noor Ashani Md Yusoff berkata, pesakit berkenaan hanya bergantung kepada ubat-ubatan yang disediakan bagi memastikan mereka dapat bertahan daripada kanser tersebut.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, keadaan tersebut berbeza apabila sebanyak 90 pesakit kanser prostat di negara maju telah menerima rawatan di peringkat awal.

"Harapan saya ialah apabila pesakit dapat melihat kesan sampingan kanser ini, diharap keyakinan mereka untuk datang ke depan mendapatkan rawatan pada peringkat awal dan penyakit ini sembuh adalah lebih tinggi.

Iklan

"Objektif kita sekarang adalah mengharapkan peratusan pesakit di peringkat awal di negara kita akan terus meningkat setara dengan negara maju,” katanya ketika menjadi panel Wacana Sinar edisi ke-302 bertajuk 'Kanser Prostat Satu ‘Taboo’ ?' yang disiarkan secara langsung di platform Sinar Harian pada Khamis.

Turut menjadi panelis ialah pejuang kanser prostat, Rosli Abdul Rashid dan Datuk Seri Nazir Razak. Nazir merupakan Pengerusi Ikhlas Capital.

Iklan

Ismail Adnan pula bertindak sebagai moderator.

Ismail (kiri, atas), Dr Noor Ashani (kanan, atas), Rosli (kiri, bawah) dan Nazir (kanan, atas) ketika Wacana Sinar edisi ke-302 yang bertajuk 'Kanser Prostat Satu ‘Taboo’ ?' yang disiarkan secara langsung di platform Sinar Harian pada Khamis.

Mengulas lanjut, Dr Noor Ashani berkata, antara faktor menyebabkan pesakit mendapat kanser tersebut adalah umur seseorang lelaki itu yang telah melebihi 50 tahun.

Jelasnya, umur yang melebihi 50 tahun lebih mudah untuk menghidap kanser itu berbanding dengan mereka yang berumur 50 tahun ke bawah.

"Sebab itu kita menggalakkan ramai lelaki mendapatkan pemeriksaan doktor selepas umur 50 tahun,” ujar beliau.

Selain itu, katanya, keturunan juga membolehkan seseorang itu mewarisi untuk mendapatkan kanser prostat.

"10 peratus daripada pesakit ini adalah melibatkan daripada keturunan. Kalau daripada keluarga ada mengalami masalah yang sama, jadi risiko kita adalah lebih tinggi untuk kena.

"Dalam keadaan ini, kita akan menggalakkan mereka untuk mendapatkan pemeriksaan dalam umur 45 tahun ke atas,” katanya.