Kejayaan di WorldSkills Asia bukti TVET kompeten
Iklan
SEPANG - Kejayaan kontinjen Malaysia yang meraih 11 pingat dalam WorldSkills Asia (WSA) Abu Dhabi 2018 membuktikan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) negara adalah kompeten, berkualiti dan berkemahiran tinggi, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar.
Beliau berkata, enam daripada jumlah keseluruhan lapan peserta negara berjaya membawa balik pingat iaitu tiga peserta mendapat pingat emas dan tiga lagi pingat perak.