840 guru Semenanjung ditempatkan di Sabah, Sarawak
Iklan
Bagi tempoh 2018 hingga 2021, seramai 4,014 guru yang berasal dari Sabah dan Sarawak daripada 17,718 orang guru baharu lantikan tetap DG41 ditempatkan di sekolah rendah dan menengah.- Foto 123rf
KUALA LUMPUR - Seramai 840 guru yang berasal dari Semenanjung telah ditempatkan di Sabah dan Sarawak bagi tempoh 2018 hingga 2021 sebagai memenuhi keperluan opsyen di dua negeri itu.
Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi jawapan yang disiarkan dalam laman sesawang Parlimen pada Selasa, ia berikutan bilangan graduan berasal dari Sabah dan Sarawak belum mencukupi untuk memenuhi keperluan opsyen di sekolah bagi dua negeri itu.
Iklan
Iklan
"Bagi tempoh 2018 hingga 2021, seramai 4,014 guru yang berasal dari Sabah dan Sarawak daripada 17,718 orang guru baharu lantikan tetap DG41 ditempatkan di sekolah rendah dan menengah dalam negeri kelahiran mereka,” katanya menjawab pertanyaan Datuk Johari Abdul (PH-Sungai Petani).
Johari meminta kementerian menyatakan status program guru yang tamat pengajian di Institut Perguruan ditempatkan ke negeri asal mereka memandangkan masih ramai guru dari Semenanjung yang dihantar ke Sabah dan Sarawak sedangkan ramai dari negeri itu yang masih bertugas di Semenanjung. - Bernama
Iklan
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Benih kerang tidak putus, potensi Perak jadi pusat pembiakan terbaik dunia"><meta itemprop="description" content="Keupayaan menghasilkan benih kerang secara berterusan sejak 2018 meletakkan Perak pada landasan untuk menjadi antara pusat pembiakan kerang terbaik dunia.
Lebih membanggakan, kejayaan penyelidikan yang dilaksanakan di perairan negeri ini bukan sahaja membolehkan bekalan benih kerang diperoleh sepanjang tahun, malah memendekkan tempoh penternakan kepada sekitar lima ke enam bulan bagi satu kitaran pengeluaran.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802681/edisi/perak/benih-kerang-tidak-putus-potensi-perak-jadi-pusat-pembiakan-terbaik-dunia
Muzik: Neptune- Spotlight dari bensoud.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Kerang #Pusatpembiakan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-31T08:14:01.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gVXRg1gvQDAVfYWDJ/x1080"><meta itemprop="duration" content="P156S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsg25m"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsg25m"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsg25m"></script>