Gambar tular: Polis nafi guna kekerasan
Iklan
Gambar wanita yang ditahan polis ini tular di laman sosial dan memberi persepsi negatif kepada polis.
BUTTERWORTH - Polis menafikan menggunakan kekerasan ketika mengawal keadaan semasa operasi tindakan perobohan rumah di Tanah Wakaf Abdul Cauder, Jalan Mengkuang di sini kelmarin.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, apa yang dilakukan oleh anggotanya berlandaskan prosedur operasi standard (SOP) dan berlandaskan undang-undang setelah menerima laporan yang dibuat oleh pihak Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).
Iklan
Iklan
Menurutnya, apa yang berlaku, penghuni rumah telah memberi tentangan dan enggan memberi kerjasama apabila diminta oleh pihak MAINPP untuk keluar daripada rumah yang hendak dirobohkan tersebut.
"Penghuni rumah yang terlibat mula bertindak agresif dan menyerang pihak MAINPP serta menghalang jentera jentolak semasa perlaksanaan tersebut.
Iklan
"Salah seorang penghuni perempuan bertindak semakin agresif dengan melompat dan duduk di dalam ‘loader’ jentolak sambil mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada polis.
"Perempuan itu terpaksa digari dan ditangkap kerana bertindak terlalu agresif dan mengancam ketenteraman awam setelah proses memujuk dan menenangkan perempuan tersebut dibuat," katanya ketika dihubungi di sini.
Iklan
Sebelum ini tular di laman sosial beberapa gambar dan video operasi perobohan rumah di Tanah Wakaf Abdul Cauder, Jalan Mengkuang yang memaparkan seorang perempuan yang digari polis.
Turut tular kekecohan yang berlaku semasa anggota polis sedang membuat tangkapan terhadap beberapa penduduk yang bertindak agresif semasa perobohan dijalankan.
Noorzainy berkata, apa yang berlaku sebenarnya sekumpulan penduduk telah bertindak di luar jangkaan apabila menyerang seorang pegawai polis sehingga mengalami kecederaan di bahagian lutut kiri terpaksa dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya.
Katanya, polis menahan seramai 11 individu termasuk enam wanita berumur 18 hingga 50 kerana cuba menghalang kerja perobohan.
Bagaimanapun kesemua mereka telah dibebaskan dengan jaminan polis.
Kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan iaitu menghalang penjawat awam menjalankan tugas.
Kira-kira 40,000 daripada 60,000 pesawah di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) masih belum menerima baja tiga (tambahan) sekali gus dikhuatiri menjejaskan hasil padi pada musim ini,a lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH), Abdul Rashid Yob berkata, setakat ini hanya kira-kira 20 peratus atau 120,000 daripada lebih 600,000 kampit baja tiga sudah diedarkan kepada pesawah di 27 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di kawasan MADA.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/791887/edisi/utara/40000-pesawah-mada-masih-belum-terima-baja-tambahan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.