Guan Eng didesak letak jawatan
Iklan
Lebih 100 orang menyertai perhimpunan aman bagi mendesak tindakan diambil terhadap Menteri Kewangan, Lim Guan Eng selepas solat Jumaat di pekarangan Masjid Al-Azim, Bukit Palah, hari ini.
MELAKA - Lebih 100 orang menyertai perhimpunan aman di Melaka bagi mendesak tindakan diambil terhadap Menteri Kewangan, Lim Guan Eng susulan kenyataannya yang menyebut bahawa kerjasama UMNO dan Pas sebagai isyarat 'perang' terhadap masyarakat bukan Melayu di Malaysia.
Perhimpunan itu turut meminta Guan Eng diherat ke mahkamah di bawah Akta Hasutan 1948 atau meletak jawatan.
Iklan
Iklan
Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Melaka, Mohd Khoushaini Mohd Naim berkata, kenyataan biadab pemimpin DAP itu tidak sepatutnya dilontarkan oleh seorang yang bergelar menteri.
"Guan Eng tidak menjaga sensitiviti masyarakat berbilang kaum di negara ini dan walaupun mengubah tajuk kenyataannya tetapi ia tetap menggores perasaan umat Islam dan orang Melayu.
Iklan
"Sehubungan itu kita mahu Guan Eng dikenakan tindakan sewajarnya oleh pihak berkuasa atas kenyataan biadabnya yang cukup rasis,” katanya ketika berucap pada perhimpunan itu yang diadakan selepas solat Jumaat di pekarangan Masjid Al-Azim, Bukit Palah di sini, hari ini.
Turut sama, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad, Pesuruhjaya Pas Melaka, Kamaruddin Sidek dan beberapa barisan pimpinan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain.
Iklan
Sementara itu, Kamaruddin dalam ucapannya mendesak supaya tindakan tegas diambil pihak berkuasa berhubung kenyataan yang boleh mencetuskan ketidakharmonian kaum di negara ini.
"Kenyataan dibuat Guan Eng bukanlah mewakili masyarakat Cina atau India keseluruhannya, sebaliknya ia adalah suara daripada pemimpin DAP itu sendiri. Hari ini semua bangsa di negara ini inginkan keamanan.
"Tertegaknya negara kita atas dasar hormat menghormati tetapi kita kesal dengan segelintir individu di negara ini tidak menghormati hak orang lain. Sebab itu kita mahu dia (Guan Eng) didakwa atau letak jawatan segera," katanya.
Dalam pada itu, Mohamad dalam ucapannya mempersoalkan tindakan Peguam Negara, Tommy Thomas yang tidak berani mengambil tindakan terhadap menteri kanan itu.
"Kita hairan kenapa Guan Eng tidak didakwa mengikut Akta Hasutan 1948 walaupun sudah banyak laporan polis dibuat terhadapnya,” tegasnya.
Seorang bekas ejen insurans dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat selepas mengaku bersalah menyalahgunakan wang pelanggannya berjumlah RM150,000, empat tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Hakim Shahrul Rizal Majid menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Zul Ariff Ismail, 39, selepas pertuduhan dibacakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785324/edisi/melaka-ns/seleweng-rm150000-bekas-ejen-insurans-dipenjara-dua-tahun-tiga-sebatan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.