Menteri Pertahanan Indonesia lawat Malaysia esok

Iklan
Prabowo Subianto

KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan Indonesia Prabowo Subianto akan mengadakan lawatan kerja sehari ke Malaysia esok.

Kementerian Pertahanan dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan, sempena lawatan itu, Prabowo akan mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan diiringi Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Iklan
Iklan

Selesai kunjungan hormat itu, Prabowo serta delegasi akan mengadakan perbincangan dua hala dengan rakan sejawatannya, Hishammuddin dan pengurusan tertinggi Kementerian Pertahanan serta Angkatan Tentera Malaysia.

"Dalam pertemuan yang dirancang di Wisma Pertahanan, kedua-dua pemimpin tersebut akan membincangkan beberapa isu bersama bagi mengeratkan hubungan diplomasi pertahanan antara Malaysia dan Indonesia,” menurut kenyataan itu.

Iklan
Iklan

Kenyataan itu juga memaklumkan pelaksanaan lawatan itu dilakukan berdasarkan tatacara dan prosedur operasi standard pencegahan Covid-19 yang amat ketat seperti ditetapkan kerajaan Malaysia dan Indonesia. - Bernama