Barcelona, Boca Juniors berentap rebut Piala Maradona

Iklan
Aksi Barcelona dan Boca Juniors pada aksi merebut Piala Joan Gamper. - Foto gettyimages

GERGASI La Liga, Barcelona bakal berdepan kelab sensasi Argentina, Boca Juniors pada aksi Piala Maradona yang dijadualkan berlangsung pada 14 Disember depan.

Menurut satu kenyataan rasmi daripada kelab Blaugrana itu, aksi merebut piala berkenaan dibuat sempena ulangtahun pertama pemergian bekas tonggak kedua-dua kelab berkenaan, Diego Maradona pada November tahun lalu.

Iklan
Iklan

"Dengan ini disahkan bahawa FC Barcelona dan Club Atletico Boca Juniors akan mengambil bahagian dalam perlawanan Piala Maradona pada Disember.

"Perlawanan ini dianjurkan bagi memperingati sumbangan dan jasa yang diberikan mendiang ketika bergelar pemain kepada kedua-dua kelab ini," menurut kenyataan berkenaan.

Iklan

Untuk rekod, Maradona atau nama sebenarnya Diego Armando Maradona meninggal dunia akibat serangan jantung pada 25 November 2020, pada usia 60 tahun.

Difahamkan, lagenda bola sepak Argentina itu juga berdepan dengan pelbagai masalah kesihatan pada ketika itu.

Iklan

Untuk rekod, debut Maradona pada Piala Dunia 1982 di Sepanyol ketika berusia 22 tahun, turut mencipta sensasi tersendiri namun gagal membantu Argentina mara ke pusingan 16 apabila tewas kedua-dua perlawanan di peringkat kumpulan.

Bagaimanapun, Maradona mula menjadi perhatian dunia apabila mengemudi skuad Albicaleste itu menjulang Piala Dunia Mexico 1986 dengan menewaskan Jerman Barat 3-2, pada aksi final di Estadio Azteca, Mexico.

Dalam pada itu, menerusi satu kenyataan rasmi, Boca Juniors turut mengesahkan akan mengambil bahagian dalam kejuaraan yang dijangka berlangsung di Stadium Mrsool Park, Riyadh, Arab Saudi itu.