Penyelia ladang maut dihempap traktor

Iklan
Seorang penyelia ladang maut dihempap traktor di Ladang Kelapa Sawit Sungai Derhaka di Sungai Tembeling di sini malam tadi. - Gambar hiasan

KUANTAN - Seorang penyelia ladang maut dihempap traktor di Ladang Kelapa Sawit Sungai Derhaka di Sungai Tembeling di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, kejadian kira-kira 7 malam itu dipercayai berlaku ketika Loh Yee Hing, 62, sedang dalam perjalanan menuju ke pejabat pentadbiran ladang berkenaan.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, siasatan awal mempercayai Loh hilang kawalan ke atas jentera yang dipandunya itu ketika melalui permukaan jalan yang tidak rata sebelum terbalik lalu menghempapnya.

"Mangsa (Loh) yang cedera parah di bahagian dada maut di lokasi kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, di sini untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Iklan

Katanya, kejadian itu sedang disiasat lanjut mengikut Seksyen 304 A Kanun Keseksaan. -Bernama

Iklan