Dua beradik rentung, ibu menumpang di stor bangunan terbakar - Polis

Iklan
Kebakaran melibatkan sebuah bangunan berukuran kira-kira 6.1 x 3 meter dengan kemusnahan dianggarkan 90 peratus

SIK - Dua beradik yang ditemukan rentung dalam kebakaran di Kampung Teloi Tua dekat sini pagi Sabtu, dipercayai menumpang di stor pejabat gudang simpanan tong gas itu dengan ibu mereka.

Ketua Polis Daerah Sik, Superintenden Syamzury Saman berkata, mangsa dikenal pasti sebagai Mohd Raifal Abdul Latif, 3, dan adiknya, Aishah Umairah, 16 bulan manakala ibu mereka yang berusia 23 tahun selamat dalam kejadian itu.

Iklan
Iklan

"Dua beradik itu tinggal dengan ibu mereka yang menumpang sementara di situ manakala datuk mangsa berusia 42 tahun yang bekerja sebagai kelindan lori tong gas berada di bilik lain kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian,” katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Pasukan Forensik Polis dan Bomba hadir ke lokasi bagi menjalankan pemeriksaan lanjut untuk mengenal pasti punca sebenar kebakaran.

Iklan

Syamzury berkata, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kebakaran dengan pasukan forensik polis dan bomba telah hadir ke lokasi untuk pemeriksaan lanjut.

Beliau berkata, mayat dua beradik itu dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat.

Iklan

Terdahulu, bomba yang menerima panggilan kecemasan kebakaran itu pada 6.11 pagi menemukan dua beradik tersebut rentung dalam keadaan berpelukan di atas katil.

Kebakaran melibatkan sebuah bangunan berukuran kira-kira 6.1 x 3 meter dengan kemusnahan dianggarkan 90 peratus. - Bernama