Makin berani rompak hasil laut
Iklan
Rashidilhadi (kiri) sewaktu menyoal siasat nelayan asing yang ditahan.
KUALA TERENGGANU - Musim tengkujuh baharu sahaja berakhir, namun nelayan asing khususnya dari Vietnam dilihat semakin berani menceroboh dan merompak hasil laut negara di lokasi-lokasi strategik seperti di pelantar minyak.
Terbaru, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Terengganu berjaya menahan dua bot nelayan Vietnam yang sedang asyik melakukan aktiviti tunda ganding pada pagi kelmarin, iaitu 87 batu nautika dari muara Kuala Terengganu.
Iklan
Iklan
Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Rashidilhadi Abd Rashid berkata, ia merupakan tangkapan ke 14 sepanjang 3 bulan pertama tahun ini.
"Dalam tempoh itu, 293 pemeriksaan telah dibuat setakat ini, berbanding keseluruhan tangkapan pada tahun lalu sebanyak 1, 169 pemeriksaan.
Iklan
"Mereka bukan sahaja berani mencuri dan merompak hasil laut negara, tapi menggunakan aktiviti tunda ganding yang boleh merosakkan ekosistem laut tempat pembiakan ikan-ikan.
Rashidilhadi (tengah) menunjukkan sebahagian daripada hasil laut yang dirampas.
"Kebiasaannya nelayan-nelayan asing khususnya dari Vietnam ini mula menceroboh perairan negara selepas tamatnya musim tengkujuh bermula bulan ini, kerana itu kita telah bersedia mempertingkatkan rondaan penguatkuasaan di kawasan-kawasan panas terutamanya pelantar minyak yang banyak terdapat di Terengganu," katanya ketika ditemui di ibu pejabat Maritim Terengganu, semalam.
Iklan
Mengulas lanjut, tangkapan terbaru melibatkan dua bot nelayan Vietnam itu dibuat kapal Maritim ketika melakukan rondaan Op Iman.
Ketika ditahan, nelayan itu sedang leka menarik pukat menyebabkan mereka tidak sedar kehadiran penguat kuasa.
"Kita telah menahan 21 awak-awak termasuk tekong yang berumur antara 15 hingga 50 tahun dan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah. 4 daripadanya adalah di bawah umur, berusia antara 15 hingga 17 tahun.
"Selain itu, rampasan yang dibuat bernilai hampir RM2 juta, termasuk 200 kilogram anak ikan, 2.5 tan ikan campur, 3,500 liter minyak diesel, bot dan peralatan menangkap ikan," katanya.
Jelasnya, kesemua bot tersebut dibawa ke jeti Maritim Terengganu untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 15 (1)(a) 1985 kerana menceroboh dan menangkap ikan di perairan Malaysia tanpa kebenaran yang sah daripada Pengarah Perikanan Malaysia dan tidak mempunyai lesen yang sah.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Pelantikan ADUN wakil parti Gerakan dibuat hari pertama Sidang DUN - Ahmad Samsuri"><meta itemprop="description" content="Proses pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan mewakili kaum Cina daripada Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) akan dilaksanakan pada hari pertama Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada 16 November ini.
​Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, langkah itu bagi membolehkan wakil tersebut mengangkat sumpah dan seterusnya mengambil bahagian dalam perbahasan pembentangan belanjawan kerajaan negeri.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804122/edisi/terengganu/pelantikan-adun-wakil-parti-gerakan-dibuat-hari-pertama-sidang-dun---ahmad-samsuri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ADUN #Gerakan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-11T08:47:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gqMrA1gz2kLJ7XcK6/x1080"><meta itemprop="duration" content="P70S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvp4cq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvp4cq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvp4cq"></script>