SHAH ALAM - Usaha bagi memperkasakan perundangan syariah tidak pernah terhenti, malah terus diperhebatkan, kata Timbalan Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary.
Beliau berkata, semua agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sentiasa berusaha tanpa henti dalam memberikan penerangan dan kesedaran berkenaan undang-undang syariah.