KPDNHEP rampas 8,200 liter diesel
Iklan
8,200 liter diesel ditemui dalam tangki dan tong drum. -FOTO: Ihsan KPDNHEP Negeri Sembilan
PORT DICKSON - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sembilan merampas 8,200 liter diesel dipercayai diseleweng dalam operasi di sebuah premis di Jalan Lukut-Sepang, Port Dickson di sini, semalam.
Nilai rampasan dalam serbuan jam 10 pagi itu dianggarkan RM17,876.
Iklan
Iklan
Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP negeri Zubir Hamsa berkata, operasi berkenaan dilakukan hasil risikan selama sebulan terhadap premis terbabit selepas disyaki memiliki barang kawalan diesel tanpa kebenaran.
"Seramai 11 pegawai telah menyerbu premis itu dan hasil pemeriksaan menemui barang kawalan diesel yang disimpan di dalam tangki dan tong drum berjumlah 8,200 liter.
Iklan
"Diesel berkenaan dipercayai disimpan bagi kegunaan sendiri dan untuk dijual kepada pihak ketiga,” katanya dalam kenyataan, hari ini kepada Sinar Harian.
Diesel berkenaan dipercayai disimpan bagi kegunaan sendiri dan untuk dijual kepada pihak ketiga.
Menurutnya, pihaknya juga sedang mengesan dan menyiasat pembekal barang kawalan kepada premis berkenaan.
Iklan
Beliau berkata, jika pembekal didapati melakukan kesalahan, tindakan boleh diambil ke atas mereka termasuk pembatalan lesen.
"Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM1 juta atau penjara sehingga tiga tahun bagi individu untuk kesalahan kali pertama manakala syarikat boleh didenda maksimum RM2 juta.
" Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti mencurigakan membabitkan barang kawalan boleh menghubungi KPDNHEP Negeri Sembilan di talian 06-6016500 atau di pejabat KPDNHEP berdekatan," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan"><meta itemprop="description" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan
Seorang bekas ejen insurans dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat selepas mengaku bersalah menyalahgunakan wang pelanggannya berjumlah RM150,000, empat tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Hakim Shahrul Rizal Majid menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Zul Ariff Ismail, 39, selepas pertuduhan dibacakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785324/edisi/melaka-ns/seleweng-rm150000-bekas-ejen-insurans-dipenjara-dua-tahun-tiga-sebatan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Seleweng #EjenInsurans #Mahkamah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-26T06:17:31.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P111S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaiy6nu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaiy6nu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaiy6nu"></script>