Allianz General bantu PKS

Iklan
HORST HABBIG

SHAH ALAM - Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (Allianz General) memberikan manfaat kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang membeli Allianz Business Shield antara 1 Oktober dan 31 Disember 2021 kerana mereka boleh menikmati lebih perlindungan tanpa kos tambahan.

Allianz General dalam satu kenyataan berkata, dengan kempen promosi, pihaknya menyediakan PKS perlindungan pelbagai secara percuma.

Iklan
Iklan

"Perniagaan-perniagaan di bawah kategori runcit dan pejabat akan menerima perlindungan RM250,000 secara percuma (premium bernilai RM400) manakala bagi kategori pembuatan akan menerima perlindungan RM430,000 (premium bernilai RM540) tanpa caj tambahan.

"PKS yang telah membeli Allianz Hospital Income (pelan perubatan untuk kakitangan) di bawah Allianz Business Shield sebelum ini atau sewaktu kempen juga akan layak untuk pembayaran tunai RM2,000 untuk satu kali jika kakitangan dimasukkan ke hospital akibat Covid-19 atau RM10,000 jika kakitangan meninggal dunia akibat Covid-19," jelas kenyataan itu pada Isnin.

Iklan

Sementara itu, Ketua Pegawai Jualan Allianz General, Horst Habbig berkata, dengan Allianz Business Shield, matlamat pihaknya ialah membantu PKS mengurangkan risiko perniagaan mereka di waktu krisis.

"PKS menghadapi cabaran yang sukar selepas Covid-19. Sebagai penanggung insurans, kami membantu dengan menawarkan perlindungan percuma supaya mereka boleh menikmati perlindungan yang lebih baik tanpa bimbang tentang kos,” katanya.

Iklan

Beliau berkata, Allianz Business Shield dilancarkan pada bulan Mei tahun ini dan telah dijual lebih daripada 5,000 polisi dalam empat bulan pertama.

"Allianz Business Shield menawarkan penyelesaian insurans fleksibel dan komprehensif untuk 63 kelas pekerjaan di mana PKS boleh memilih perlindungan yang dimahukan berdasarkan keperluan perniagaan dan suaikan jumlah yang diinsuranskan mereka.

"PKS mempunyai pilihan untuk menambah mana-mana 17 perlindungan yang tersedia, dari Manfaat Bantuan Susah Payah dengan perlindungan Covid-19, Kemalangan Diri Kelompok hingga Rompakan, Kerosakan Mesin, Barangan dalam Transit, Perlindungan Keuntungan dan banyak lagi berdasarkan keperluan perniagaan mereka," katanya.

Untuk mendapatkan Allianz Business Shield, mereka yang berminat boleh menghubungi ejen Allianz General melalui pencari ejen di allianz.com.my/allianz-locator.