HULU TERENGGANU - Jabatan Perhutanan Terengganu menahan empat lori membawa muatan penuh kayu serta kayu jaras pelbagai saiz dan spesies dengan anggaran RM20,000 tanpa kebenaran di Kampung Telaga di sini pada Rabu.
Pengarahnya, Roslan Rani berkata, kehadiran keempat-empat buah kenderaan berat itu di lokasi diketahui penguat kuasa susulan maklumat awam mengenai empat buah lori dalam keadaan mencurigakan, kira-kira jam 8.30 malam.