Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Iklan
Gambar hiasan. -Foto 123rf
RINGGIT dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Khamis berikutan momentum pembelian yang semakin baik bagi unit domestik itu.
Pada jam 9.08 pagi, unit tempatan menokok kepada 4.1500/1530 berbanding dolar AS daripada 4.1590/1610 sewaktu ditutup pada Rabu.
Iklan
Iklan
Peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata, lebih 75 peratus penduduk di Malaysia telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 dan jumlah jangkitan kes baharu juga telah berkurangan dari hari ke hari.
"Berita bahawa Malaysia akan membenarkan penduduk dewasa yang telah menerima vaksin penuh untuk melakukan perjalanan bermula Isnin merangsang sentimen dan memihak kepada ringgit. Dari sudut teknikal, dolar AS/ringgit berpotensi untuk merosot sehingga 4.1350,” katanya.
Iklan
Bagaimanapun, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama, meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.6599/6629 berbanding 3.6611/6632 sewaktu ditutup pada Rabu, namun susut berbanding pound Britain kepada 5.6722/6763 daripada 5.6675/6702.
Unit tempatan merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0766/0790 daripada 3.0739/0758 semalam dan susut berbanding euro kepada 4.8136/8171 daripada 4.8074/8097. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>