Kerajaan Sabah akan perkenal sistem pembayaran tanpa tunai

Iklan
Mohd Shafie

KOTA KINABALU - Kerajaan Sabah akan memperkenalkan sistem pembayaran tanpa tunai yang dikenali sebagai ‘Sabah Easy Pay’ untuk memudahkan orang ramai membuat sebarang urusan pembayaran melalui aplikasi berkenaan.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata kerajaan mewujudkan sistem pembayaran berkenaan bagi memastikan proses pembayaran dapat dilakukan pada kos yang rendah serta menjimatkan masa.

Iklan
Iklan

"Dengan adanya sistem ini kita tidak lagi bergantung dengan sistem pembayaran yang lain dan ia akan dilaksanakan dalam masa satu atau dua bulan lagi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata melalui sistem berkenaan, orang ramai boleh membuat segala urusan pembayaran kepada pihak kerajaan seperti bayaran cukai pintu, bayaran bil air, elektrik dan sebagainya.

Iklan

Sistem pembayaran itu, katanya, sama seperti perkhidmatan yang dibuat melalui Alipay.

Alipay merupakan sistem pembayaran yang menyediakan kemudahan pembayaran tanpa sentuh kepada pelancong China di pelbagai pusat perniagaan seperti kedai serbaneka mewah dan kedai bebas cukai hingga ke hotel popular dalam kalangan pengunjung. -Bernama

Iklan