KUALA LUMPUR - Pemandu kereta mewah jenis Lamborghini yang merempuh enam buah kenderaan hingga menyebabkan sebuah Proton Perdana terbalik di Jalan Tun Razak di sini pada 8 September lalu tidak dibenarkan mengambil lesen memandu selama lima tahun.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, lelaki berusia 41 tahun berkenaan sebelum itu mengaku bersalah di atas semua pertuduhan terhadapnya di Mahkamah Trafik Jalan Duta di sini pada Jumaat.