SHAH ALAM - Majlis Keselamatan Negara (MKN) melaporkan dua lokaliti di Sabah dan Pahang ditamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pada Jumaat seperti mana yang dijadualkan.
Ketua Pengarah MKN, Datuk Rodzi Md Saad berkata, lokaliti yang terlibat ialah Kampung Pangkalan Abai, Kota Belud, Sabah dan Kampung Telimau, Pos Terisu, Mukim Ulu Telom, Cameron Highlands, Pahang.