Perkeso beri tempoh sebulan majikan daftar pekerja
Iklan
PUCHONG - Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) memberi tempoh sebulan hingga 31 Mac ini kepada majikan yang belum mendaftarkan perusahaan dan pekerjanya.
Penolong Pengarah Perkeso Selangor, Wan Kefli Hamid berkata, selepas itu tindakan penguatkuasaan akan dijalankan pihaknya dan ia dilaksana di seluruh negara.