Penambahbaikan LTSIP guna reka bentuk moden
Iklan
Mohd Amar
KOTA BHARU – Penambahbaikan dan pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) bakal menggunakan reka bentuk yang istimewa dan lebih moden.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, dengan kelengkapan dan kemudahan yang lebih canggih, ia dijangka menjadi pilihan orang ramai selepas disiapkan sepenuhnya.
Iklan
Iklan
"Kita difahamkan kerja-kerja awal penambahbaikan sedang dilakukan dan dijangka berlangsung selama 36 bulan.
"Apa yang menarik ialah LTSIP akan menjadi salah satu lapangan terbang yang canggih dengan konsep yang lebih moden.
Iklan
"Malah ia sangat sesuai untuk persediaan naik taraf menjadi lapangan terbang antarabangsa,”katanya kepada pemberita di sini pada Rabu.
Mohd Amar sebelum itu menghadiri Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Kompleks Kota Darulnaim di sini.
Iklan
Mengulas lanjut, katanya, projek penambahbaikan yang menelan belanja lebih RM400 juta itu diharapkan boleh menjadi permulaan untuk menjadikan lapangan terbang itu sebagai hab penerbangan Asia Tenggara.
"Ini kerana kita pun agak hampir dengan Indo-China, Australia dan sebagainya. Semoga semuanya berjalan dengan baik dan ia siap seperti yang dijadualkan,”katanya.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed memaklumkan LTSIP mampu menampung sehingga empat juta penumpang setahun selepas ia disiapkan.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Laporan siasatan pemilikan saham Azam diserahkan minggu depan"><meta itemprop="description" content="Jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyiasat isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dijangka menyerahkan laporan siasatan kepada kerajaan pada minggu depan.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar kini hampir selesai proses siasatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769691/berita/nasional/laporan-siasatan-pemilikan-saham-azam-diserahkan-minggu-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:
https://ezy.la/WQH2026
atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:
https://ezy.la/HOTSPOT
World #QuranHour #SurahAlMuzzammil #QumiLayl #BangkitMalam #Beritasemasa #isupemilikansahamazambaki #SPRM #FahmiFadzil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-27T08:43:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/a7xvC1feLb58B93sa/x120"><meta itemprop="duration" content="P99S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=xa0tyz0"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="xa0tyz0"></script>