Sultan Brunei berangkat pulang
Iklan
Sultan Brunei Darussalam Sultan Hassanal Bolkiah berangkat pulang selepas mengakhiri lawatan kerja selama dua hari ke Malaysia di Pengkalan Udara TUDM Subang hari ini. - Foto Bernama
SUBANG - Sultan Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah berangkat pulang ke Brunei pada 9.45 pagi ini selepas menamatkan lawatan kerja selama dua hari ke Malaysia mulai Isnin lepas.
Baginda berlepas dari Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini disaksikan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Iklan
Iklan
Semalam, baginda mengadakan pertemuan empat mata dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu pertemuan ulung baginda dengan Dr Mahathir di bawah rangka kerja Perundingan Tahunan Pemimpin Malaysia-Brunei di Putrajaya.
Pertemuan empat mata selama lebih satu jam itu antara lain membincangkan hubungan dua hala kedua-dua negara dan isu yang melibatkan kepentingan bersama.
Iklan
Baginda juga menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Brunei mengenai pergerakan tahanan sebelum menghadiri majlis makan tengah hari yang dihoskan Dr Mahathir dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali bagi meraikan baginda di Seri Perdana.
Baginda kemudiannya berangkat menghadiri program bersama pelajar Brunei di Kuala Lumpur.- Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kempen Sinar Untuk Jantung Si Kecil beri sinar harapan, kumpul RM134,477.79"><meta itemprop="description" content="Kempen Sinar Untuk Jantung Si Kecil beri sinar harapan, kumpul RM134,477.79
Kempen Sinar Untuk Jantung Si Kecil memberi sinar harapan kepada kanak-kanak yang memerlukan rawatan jantung apabila berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak RM134,477.79 hasil keprihatinan masyarakat seluruh negara, lapor wartawan Sinar Harian, Nurul Hidayah Hamid dan juruvideo, Zamir Yusof.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Dr Shaiful Azmi Yahaya berkata, sumbangan berkenaan memberi peluang kepada pesakit mendapatkan akses kepada rawatan yang diperlukan, selain meringankan kebimbangan kewangan keluarga.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797454/berita/nasional/kempen-sinar-untuk-jantung-si-kecil-beri-sinar-harapan-kumpul-rm134477-79
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SinarDihati #IJN #kempenSinarJantungsiKecil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-22T12:28:15.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P180S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbbg4c2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbbg4c2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbbg4c2"></script>