BNM tangguh sementara akses kepada CCRIS bagi agensi pelaporan kredit
Iklan
KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] CTOS Data Systems Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh CTOS Digital Bhd melaporkan bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) telah menangguhkan sementara akses terhadap Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) bagi semua agensi pelaporan kredit, termasuk CTOS, berkuat kuasa pada Jumaat.
Katanya, penangguhan sementara itu adalah 'langkah perlu, proaktif dan pencegahan kepada potensi ancaman siber dan kemungkinan berlakunya insiden kebocoran data dalam industri pelaporan kredit'.