Sebuah kereta terkandas dalam banjir setinggi 1.22 meter
Iklan
SHAH ALAM - Sebuah kenderaan terkandas dalam banjir setinggi 1.22 meter di sekitar kawasan Stadium Shah Alam Seksyen 13, di sini pada Ahad.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 5.07 petang.