Aplikasikan konsep Bajet Responsif Gender: Wanita PKR

Iklan
Fuziah Salleh

SHAH ALAM - Majlis Pimpinan Wanita Pusat (MPWP) PKR menuntut kerajaan mengaplikasikan konsep Bajet Responsif Gender supaya mampu memberikan sekuriti perlindungan dan memperkasa ekonomi kepada golongan rentan.

Ketua Wanita PKR, Fuziah Salleh berkata, ia termasuk kemiskinan ketua isi rumah wanita, kemiskinan multidimensi dalam kalangan kanak-kanak dan isu beban bertindan wanita dalam keluarga.

Iklan
Iklan

Jelasnya, konsep Bajet Responsif Gender merupakan langkah yang signifikan untuk dimasukkan dalam Belanjawan 2022 pada sesi libat urus bersama Menteri Kewangan.

"Wanita PKR telah membahaskan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dan Belanjawan 2021 dengan tumpuan impak kepada golongan rentan khususnya wanita dan kanak-kanak dan peningkatan keganasan berasaskan gender yang kian meningkat.

Iklan

"Ini merupakan antara impak positif memorandum persefahaman (MoU) di antara kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) bagi penambahbaikan Belanjawan sebelum dibentangkan di dalam Dewan Rakyat,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya pada Sabtu.

Pada Rabu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan membentangkan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat pada 27 September ini.

Iklan

Selain itu, Fuziah berkata, wanita PKR turut mendesak kerajaan merealisasikan kesaksamaan jantina dengan mengiktiraf kewarganegaraan bayi kelahiran wanita Malaysia yang berkahwin dengan warga asing di luar negara.

Jelasnya, pendirian tersebut selari dengan Perlembagaan Persekutuan yang mengangkat dimensi kesaksamaan dan menghapuskan diskriminasi gender.