Hina Nabi: Seorang lagi ‘parasit’ perlu dihukum

Iklan
Pemuda Umno Wilayah Persekutuan mendesak tindakan segera ke atas individu Alvin Chow yang digelar sebagai ‘parasit’ yang mengganggu keharmonian negara

KUALA LUMPUR - Pihak berkuasa digesa segera mengambil tindakan ke atas individu yang menggunakan nama ‘Alvin Chow’ di laman Twitter kerana menghina Nabi Muhammad menerusi akaun berkenaan.

Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Mohamed Nizham Abdullah Hamidi, berkata, tindakan melampau itu seolah-olah mencabar undang-undang ketika kemarahan umat Islam masih belum reda dengan perbuatan sama dilakukan individu lain sebelum ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, perbuatan itu kini dilihat semakin berleluasa di media sosial tanpa mengambil kira sensitiviti yang wujud dalam kalangan rakyat Malaysia.

"Kami minta kerajaan bertegas dengan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang tak bertanggungjawab contohnya individu yang bernama Alvin Chow yang menghina Nabi Muhammad baru-baru ini.

Iklan

"Saya kira ini perkara yang paling terkutuk sekali. Ini bukan isu kita dengan orang Cina, India dan sebagainya tetapi individu yang telah melakukan sesuatu di luar batasan,” katanya ditemui selepas membuat laporan polis di Balai Polis Wangsa Maju di sini, malam tadi.

Tambah beliau, individu berkenaan perlu berdepan hukuman sewajarnya atas perbuatan yang boleh mengganggu gugat keharmonian negara.

Iklan

"Kita tak mahu rakyat seperti Alvin Chow ini menjadi virus dan parasit yang mengganggu-gugat ketenteraman negara kita,” katanya.

Terdahulu dua lagi laporan polis turut dibuat oleh Pemuda Umno Wangsa Maju dan Kepong.

Pemilik akaun menggunakan nama Alvin Chow sebelum ini dikesan memuat naik ciapan menghina Nabi Muhammad di Twitter.

Individu itu juga turut dikaitkan dengan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Dr. Tan Yee Kew susulan terdapat gambar bersama pemimpin PKR itu ketika satu sambutan majlis yang diadakan.

Bagaimanapun PKR Wangsa Maju telah membuat laporan polis dan Yee Kew turut menafikan mempunyai kaitan dengan individu itu secara langsung dan tidak langsung.