Kemasukan lepasan diploma politeknik ke IPT meningkat lima peratus
Iklan
KUALA LUMPUR - Kemasukan pelajar lepasan diploma dari politeknik ke program institusi pengajian tinggi (IPT) negara meningkat sebanyak lima peratus pada sesi akademik 2021-2022 iaitu daripada 4,445 kepada 5,103 pelajar.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, jumlah tersebut adalah 67 peratus daripada 7,652 graduan politeknik yang memohon untuk kemasukan ke IPT pada sesi tersebut.