Dua pelancong wanita mahu masuk Langkawi diarah patah balik
Iklan
Dua pelancong wanita diarah berpatah balik ke Kuala Perlis selepas pemeriksaan mendapati tempoh matang suntikan dos kedua mereka belum mencapai 14 hari seperti ditetapkan. Foto PDRM Langkawi
LANGKAWI - Dua pelancong wanita yang mahu memasuki Pulau Langkawi diarah berpatah balik ke Kuala Perlis selepas pemeriksaan mendapati suntikan dos vaksin Covid-19 yang diterima mereka belum cukup tempoh matang 14 hari.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, wanita berusia 32 dan 35 tahun itu dikesan melakukan kesalahan itu ketika anggota polis melakukan pemeriksaan ke atas penumpang yang baru tiba di Terminal Feri Kuah pada 12 tengah hari Ahad.
Iklan
Iklan
Menurutnya, berikutan itu, kedua-duanya diarah berpatah balik ke Kuala Perlis dengan menaiki feri kenderaan dan penumpang dari Dermaga Tanjung Lembung pada jam 2 petang, hari sama.
"Kedua-dua wanita itu menaiki feri penumpang dari Terminal Feri Kuala Perlis untuk bercuti bersama ke Langkawi. Pemeriksaan anggota polis bertugas di balai ketibaan Terminal Feri Kuah mendapati mereka telah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19, namun tempoh matang suntikan dos kedua belum capai 14 hari seperti ditetapkan, iaitu kurang tiga hari," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Iklan
Shariman berkata, berikutan itu kedua-dua wanita terbabit dirujuk kepada Pegawai Perubatan yang berada di lokasi pemeriksaan bagi melakukan pengesahan status vaksin.
Mengulas mengenai projek rintis gelembung pelancongan Langkawi, katanya, sehingga hari kelima Langkawi dibuka kepada pelancong, belum ada kompaun dikeluarkan terhadap pelancong atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP).
Iklan
"Sepanjang tempoh pemantauan pematuhan SOP gelembung pelancongan, polis belum mengeluarkan kompaun ke atas pelancong sejak Khamis lalu.
"Semua pelancong yang ingin masuk ke Langkawi dinasihatkan agar terus mematuhi SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengelak tindakan diambil," katanya.
Walaupun motosikal yang ditunggang tidak memenuhi spesifikasi ditetapkan, dua anggota polis trafik dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang tetap tampil membantu atas dasar kemanusiaan dengan menunda sebuah motosikal Yamaha RX-Z yang mengalami kerosakan sejauh tiga kilometer (km), lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Sarjan Yufaiza Azha Yunos, 41, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 petang pada Isnin di Jalan Marang-Bukit Payung (Bukit Kor) berhampiran sebuah universiti swasta yang tidak berpenghuni.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/768511/berita/semasa/abang-trafik-tunda-3km-rxz-rosak
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.