Singapura lapor lebih 1,000 kes Covid-19

Iklan
82 peratus penduduk Singapura telah lengkap dua dos vaksin Covid-19. - Gambar hiasan

SINGAPURA - Singapura, yang kini menghadapi gelombang jangkitan Covid-19 sejak 23 Ogos, telah mencatatkan lebih 1,000 kes baharu untuk hari kedua berturut-turut pada Ahad.

Dalam data yang dikeluarkan pada Ahad, Kementerian Kesihatan republik itu memaklumkan telah mengesan sejumlah 1,012 kes baharu - termasuk 919 dalam masyarakat, 90 di asrama pekerja migran dan tiga kes import.

Iklan
Iklan

Pada Sabtu, sebanyak 1,009 kes jangkitan dikesan di sini dengan kali terakhir republik itu melaporkan lebih 1,000 kes harian adalah pada April tahun lalu.

Menurut kementerian itu, sepanjang 28 hari lalu, daripada 11,196 individu yang dijangkiti, 98.1 peratus tidak mengalami gejala atau bergejala ringan, 1.7 peratus memerlukan bantuan oksigen, 0.2 peratus dirawat di unit rawatan rapi (ICU), dan 0.04 peratus meninggal dunia.

Iklan

Sehingga tengah hari Ahad, jumlah keseluruhan kes ialah 77,804 dengan 7,144 kes aktif.

Setakat ini, 60 orang telah meninggal dunia kerana Covid-19 di republik ini.

Iklan

Pada 18 September, 82 peratus penduduk Singapura telah lengkap dua dos vaksin Covid-19 manakala 84 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos. - Bernama