Kementerian beri pinjaman mudah untuk pengusaha buluh

Iklan
Zuraida

SHAH ALAM - Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) menerusi Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) akan meneruskan kemudahan pinjaman mudah bagi penanaman buluh di bawah Program Pembangunan Ladang Hutan (PPLH).

Menterinya, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, ia bagi memastikan bekalan sumber buluh berterusan dan mencukupi serta boleh dieksport ke seluruh dunia.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, sehingga kini terdapat 577 pengusaha dalam industri berasaskan buluh merangkumi papan buluh, perabot, pembinaan, tekstil, perladangan, makanan dan arang serta kraftangan.

"Kebanyakan mereka merupakan industri kecil dan sederhana yang terletak berhampiran dengan kawasan yang mempunyai banyak sumber buluh,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Iklan

Beliau berkata demikian semasa menyempurnakan perasmian sambutan Hari Buluh Dunia 2021 (WBD 2021), yang ke-10 di Malaysia.

Mengulas lanjut, Zuraida berkata, program Bamboo Community Farming juga telah bermula sejak awal tahun ini sehingga 2025 di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12).

Iklan

Katanya, Pelan Tindakan Pembangunan Industri Buluh Negara 2021-2030, kesinambungan pelan 2011-2020 turut dilancarkan bagi memperkasakan hala tuju Malaysia sebagai negara pengeluar dan produk berasaskan buluh untuk dieksport ke China, Indonesia, Thailand dan serata dunia.

Beliau berkata, di Malaysia terdapat lebih kurang 70 spesis buluh dan 45 daripadanya yang tumbuh secara semula jadi di kawasan hutan asli atau hutan selepas pembalakan.

"Dari segi taburan penanaman, sebanyak 31 peratus tanaman buluh terdapat di Semenanjung dengan keluasan 229,123 hektar, Sarawak (45 peratus) dan Sabah (24 peratus).

"Nilai eksport produk buluh pada tahun 2020 adalah RM8.28 juta. Walaubagaimanapun jumlah yang direkodkan ini terlalu kecil berbanding saiz pasaran buluh dunia,” ujarnya.