TPM Taliban sahkan dirinya masih hidup
Iklan
KABUL - Pengasas bersama gerakan Taliban yang kini menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri, Mullah Abdul Ghani Baradar mengeluarkan rakaman audio pada Isnin untuk menepis khabar angin mengenai kematiannya di media sosial.
"Ada pihak menyebarkan 'propaganda palsu’ tentang kematian saya. Sejak beberapa hari lalu, saya telah melakukan lawatan kerja. Saya masih hidup dan berada dalam keadaan baik,” ujarnya menerusi rakaman dikongsi Taliban.