Polis cari lelaki curi beg tangan jemaah wanita di masjid

Iklan
Rakaman CCTV menunjukkan aksi salah seorang mangsa cuba mengejar lelaki berkenaan tetapi gagal

KUALA TERENGGANU - Polis sedang mencari seorang lelaki yang mencuri beg tangan dua jemaah wanita di Masjid Jamek Pengadang Baru di sini.

Kejadian yang rakaman kamera litar tertutup (CCTV) masjid itu tular di media sosial sejak pagi Isnin yang menunjukkan seorang lelaki berseluar jeans dan baju warna hijau menutup kepala menggunakan jaket masuk ke ruang solat jemaah wanita dan melarikan sebuah beg.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din berkata, menerusi rakaman itu kejadian didapati berlaku pada jam 6.25 pagi pada Isnin ketika kedua-dua jemaah berkenaan sedang menunaikan solat Subuh.

"Kita telah menerima laporan daripada mangsa berusia 40-an. Wanita berkenaan cuba mengejar suspek tetapi gagal,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Iklan

Katanya lagi, jumlah keseluruhan kerugian dianggarkan RM800 dan kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.

Iklan