'Arwah selalu muat naik status mohon maaf'
Iklan
Foto Allahyarham Muhammad Hafiz bersama sepupunya.
KLANG - Sepupu kepada seorang mangsa kemalangan maut di Kilometer 8.6 Lebuhraya Persekutuan awal pagi Ahad berharap pemandu kenderaan yang memandu melawan arus hingga menyebabkan insiden itu menerima hukuman setimpal.
Siti Harkom Yaacob, 20, berkata, dia menjadi marah selepas menerima berita kemalangan melibatkan sepupunya, Muhammad Hafiz Syamir Dzul Asri, 19, yang menjadi mangsa kecuaian orang lain.
Iklan
Iklan
"Saya antara saudara yang rapat dengan arwah Muhammad Hafiz, saya berasa sedih selepas mendapat tahu mengenai berita kemalangan ini.
"Tambahan pula bila saya tahu arwah bersama rakannya itu maut dipercayai akibat dirempuh pemandu kereta yang melawan arus. Saya sedih dan pada masa sama, saya marah. Jadi saya berpandangan, penyebab kejadian ini perlu terima balasan setimpal.
Iklan
"Kami sekeluarga tidak akan memaafkan perbuatan pemandu tersebut," katanya ketika ditemui di rumah mangsa di Bandar Sultan Suleiman pada Ahad.
Menceritakan mengenai sikap sepupunya itu, Siti Harkom berkata, mangsa seorang yang ceria, baik dengan keluarga dan rakan-rakannya.
Iklan
"Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar kepada seluruh ahli keluarga. Arwah tinggal bersama mak cik dan pak cik nya. Saya pula tinggal berdekatan. Jadi, hubungan kami sekeluarga amat akrab.
"Dia selalu menceriakan kami sekeluarga. Perangai dan tingkah laku dia menyenangkan kerana suka bergurau dengan orang," katanya.
Menurutnya, dia mendapat maklumat mengenai kejadian itu setelah melihat laporan daripada media tempatan di media sosial kira-kira jam 11 pagi tadi.
ARTIKEL BERKAITAN: Dua remaja maut kereta dirempuh Triton lawan arus
Pemandu Mitsubishi Triton lawan arus positif ganja
Lelaki pandu pacuan empat roda lawan arus direman 6 hari
Siti Harkom berkata, sebelum kejadian tersebut, arwah selalu memuat naik status mengatakan dia memohon maaf kepada semua orang dalam status WhatsApp sejak beberapa hari lalu.
Siti Harkom (kanan) ditenangkan sepupunya ketika ditemui di Bandar Sultan Suleiman pada Ahad.
"Awalnya saya pelik dengan status-status tersebut tetapi saya tidak pula bertanyakan lebih lanjut kepada dia," katanya.
Tambah wanita tersebut, sepupunya itu seorang yang rajin bekerja.
"Arwah bekerja di sebuah kilang membuat alat muzik. Selain itu arwah juga bekerja secara sambilan di sebuah kilang lain di Shah Alam.
"Sifat arwah yang rajin memang membuatkan kami kagum dengan arwah," katanya.
Dalam kejadian pada Ahad, dua maut apabila kereta Proton Wira Aeroback dinaiki mereka dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton yang dipandu melawan arus dalam kejadian di 8.5 Kilometer Lebuhraya Persekutuan di sini.
Mangsa yang maut ialah Nur Afiqah Abd Karim, 18, beralamat di Taman Bayu Perdana Klang dan Muhammad Hafiz Syamir Dzul Asri, 19, beralamat di Kelompok Camar, Bandar Sultan Sulaiman, Pelabuhan Klang.
BERITA SEMASA 9 MEI 2024
Bapa kepada pemain kebangsaan, Faisal Halim menyifatkan anaknya itu seorang yang 'kebal' dalam menghadapi ujian sangat sukar pada ketika ini.
Abdul Halim Saad berkata, berdasarkan situasi semasa keadaan anak keempat daripada lima beradik itu sangat kuat dan sudah boleh menerima kenyataan apa yang sedang dilaluinya.
Katanya, mereka sekeluarga turut reda dengan ketentuan Ilahi dan kini menantikan kesembuhan Faisal sebelum pulang ke pangkuan keluarga.
Artikel berkaitan: https://www.sinarharian.com.my/article/663731/berita/semasa/faisal-seorang-yang-kuat-dan-kebal---ayah
Muzik: Aftermath dari www.bensound.com