Mahu himpun 1,500 pendikir

Iklan
Pendikir rancang adakan himpunan pendikir barat muda teramai di Terengganu

KAMPUNG RAJA - Persatuan Penggiat Seni Dikir Barat Terengganu (Pendikir) merancang untuk mencatatkan dalam Malaysia Book of Records menerusi program menghimpunkan 1,500 pendikir muda Terengganu pada tahun hadapan.

Pengerusinya, Sulizi Che Awang berkata, hasrat tersebut akan menjadi kenyataan jika sebanyak 65 buah sekolah yang mempunyai pasukan dikir barat dapat menghantar sekurang-kurangnya 25 pelajar mereka.

Iklan
Iklan

Menurutnya, Pendikir berusaha untuk merealisasikan perkara itu dengan memberi suntikan semangat kepada generasi baru untuk terus mengembangkan seni budaya dikir barat.

"Kita juga merancang untuk mengadakan klinik dikir barat kepada murid sekolah pula pada tahun depan,” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penutup Klinik Asas Dikir Sekolah Menengah Negeri Terengganu 2019 di Institut Pendidikan Guru Kampus (IPGK) Sultan Mizan yang dirasmikan Pengarah Pelancongan Terengganu, Abd Rashid Jusoh.

Hadir sama Timbalan Pengarah IPGK Sultan Mizan, Che Aminuddin Abd Hamid dan Ketua Unit Kokurikulum Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Ahmad Hisham Usoh.

Iklan

Sulizi berkata, kursus (klinik) yang berlangsung tiga hari itu membabitkan 192 peserta iaitu membabitkan 66 guru dan 126 pelajar dari 64 buah sekolah menengah seluruh negeri Terengganu.