Kerajaan digesa bentang Akta Anti Buli Siber
Iklan
P Prabakaran
KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa membentangkan Akta Anti Buli Siber dalam sesi Parlimen akan datang untuk mendidik masyarakat menggunakan media sosial bagi perkara berfaedah.
Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran berkata, kerajaan perlu mengambil langkah drastik bagi mengekang isu pembulian siber menjadi lebih parah memandangkan kes buli siber didakwa semakin meningkat.
Iklan
Iklan
Menurutnya, Malaysia menduduki tangga kedua di Asia dan keenam di dunia dalam kategori ancaman buli siber ini menerusi laporan kajian dari sebuah syarikat antarabangsa Ipsos.
"Mangsa buli siber biasanya akan mengalami kemurungan sehingga dalam keadaan tertentu ada mangsa yang membuat percubaan bunuh diri.
Iklan
"Ia selari dengan peningkatan kes bunuh diri dan buli siber yang dilaporkan seperti dicatatkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM),” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Dalam pada itu, beliau berkata, Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo yang juga bekas Menteri KKMM pernah mencadangkan satu Kanun Keseksaan untuk diwujudkan di bawah kementerian tersebut bagi mengekang isu terbabit daripada terus berleluasa.
Iklan
Katanya, ia juga pernah mendapat perhatian menteri kerajaan Perikatan Nasional (PN) iaitu Datuk Saifuddin Abdullah yang menyatakan kerajaan sedang menjalankan kajian dan penyelidikan untuk mewujudkan akta tersebut.
"Walaupun kita mempunyai akta sedia ada seperti Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, namun ia tidak cukup untuk mengekang isu buli siber ini.
"Terdapat pelbagai negara yang sudah menguatkuasakan Akta Anti Buli Siber ini contohnya negara Amerika Syarikat, United Kingdom, India, Filipina, Australia bagi mengekang jenayah buli siber ini daripada terus berleluasa.
"Saya berharap menteri berkenaan dapat membentangkan segera Akta Anti Buli Siber ini dalam sesi Parlimen akan datang,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kecurian kabel rel: Ada keperluan mendesak pinda undang-undang - Menteri"><meta itemprop="description" content="Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengakui terdapat keperluan mendesak untuk meneliti dan meminda peruntukan undang-undang sedia ada berhubung kes kecurian komponen dan kabel rel bagi memastikan hukuman yang dikenakan benar-benar memberi kesan pencegahan, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara berkenaan telah dibincangkan dalam satu pertemuan melibatkan semua operator perkhidmatan kereta api termasuk Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) yang merupakan pemilik projek East Coast Rail Link (ECRL) serta Prasarana Malaysia (Prasarana) baru- baru ini.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766625/berita/nasional/kecurian-kabel-rel-ada-keperluan-mendesak-pinda-undang-undang---menteri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KDN #keskecuriankabelrel #SaifuddinNasution"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-03T10:15:09.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Zz2oe1fWShFCdPxqE/x180"><meta itemprop="duration" content="P151S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.html?video=x9z4rs8"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.js" data-video="x9z4rs8"></script>