Mesra-Visa Kasih Bonanza tawar hadiah bernilai RM1 juta

Iklan
Petronas menganjurkan kempen Mesra-Visa Kasih Bonanza yang menawarkan hadiah bernilai RM1 juta.

SHAH ALAM – Petronas Dagangan Berhad (PDB) dengan kerjasama Visa melancarkan kempen Mesra-Visa Kasih Bonanza menawarkan pelbagai hadiah menarik bernilai RM1 juta dan mata ganjaran Mesra kepada 1,000 pemenang bertuah.

Ketua Rantaian Perniagaan PDB, Khalil Muri berkata, kolaboratif bersama Visa bertujuan untuk menjayakan kempen itu yang dilaksanakan selama lima bulan dan menawarkan hadiah yang menarik.

Iklan
Iklan

"Kami sentiasa mengadakan kerjasama baharu untuk menawarkan pelbagai hadiah menarik dan menghargai pelanggan kami,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Khalil Muri

Beliau berkata, menerusi kempen itu, bermula 1 September hingga 31 Januari 2022, dua pemenang setiap bulan akan membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai berjumlah RM50,000.

Iklan

"Hadiah lain yang ditawarkan ialah wang tunai berjumlah RM1,000 kepada 60 pemenang serta hadiah bulanan 20,000 mata ganjaran kepada 200 pemenang yang bernilai RM200.

"Bagi merebut semua hadiah istimewa ini, pelanggan perlu berbelanja minimum RM40 di stesen Petronas atau Kedai Mesra dalam satu resit dan tiga transaksi berbeza dalam bulan yang sama ketika tempoh pertama pemberian hadiah bulanan atau berbelanja terkumpul RM300 dalam bulan sama untuk memenangi hadiah utama.

Iklan

"Pelanggan juga boleh menggunakan kad debit atau kredit Visa melalui CardTerus menerusi aplikasi Setel,” katanya.

Beliau berkata, sebagai menghargai pelanggan, hadiah eksklusif iaitu tambahan wang tunai RM500 akan diberikan kepada petugas barisan hadapan yang berjuang menentang Covid-19 apabila mereka memenangi salah satu kategori yang diperkenalkan.

Sementara itu, Pengurus Negara Visa, Ng Koon Boon berkata, kempen itu merupakan kerjasama kali pertama Visa dengan PDB dan pihaknya akan terus melancarkan pelbagai program penghargaan untuk memberi manfaat kepada pemegang kad Visa.

Ng Kong Boon

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Mesra-Visa Kasih Bonanza, orang ramai boleh melayari www.mymesra.com.my.