Pengambilan khas guru: Mohd Radzi bermesyuarat bersama SPP
Iklan
Mohd Radzi memuat naik gambar mesyuarat yang diadakan secara maya bersama Pengerusi SPP pada Selasa.
SHAH ALAM - Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin mengadakan mesyuarat secara maya bersama Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) pada Selasa bagi membincangkan mengenai status pengambilan khas 18,702 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41.
Menurut beliau, mesyuarat yang diadakan pada Selasa itu turut dihadiri oleh pengurusan tertinggi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan SPP.
Iklan
Iklan
"Saya yakin, SPP selaku Pihak Berkuasa Melantik (PBM) sentiasa komited membantu KPM dalam mempercepatkan pengisian kekosongan jawatan guru.
"Usaha ini akan dapat melancarkan lagi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. KPM sentiasa komited untuk terus laksanakan yang terbaik,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Selasa.
Iklan
Pada 20 Jun lalu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan pengambilan khas guru secara one-off bagi mengisi kekosongan guru di seluruh negara terutama di Sabah, Sarawak, Johor dan Selangor.
SPP dalam satu kenyataan pada 6 Julai lalu memaklumkan bahawa pengambilan khas itu akan mengutamakan graduan pendidikan sama ada daripada lepasan universiti awam, swasta atau luar negara.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Jerebu: Malaysia tunggu pengesahan Indonesia gerakkan aset bantuan - Fahmi"><meta itemprop="description" content="Malaysia masih menunggu pengesahan daripada pihak Indonesia untuk mengerakkan aset-aset yang boleh digunakan bagi membantu menangani kebakaran hutan di negara itu, yang mengakibatkan jerebu rentas sempadan.
Menteri Komunikasi yang juga jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata perkara itu dimaklumkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Kementerian Luar (Wisma Putra) kepada Jemaah Menteri.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795540/berita/nasional/jerebu-malaysia-tunggu-pengesahan-indonesia-gerakkan-aset-bantuan---fahmi
 Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #jerebu #FahmiFadzil #tanganijerebu"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-09T11:42:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P93S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb5wspa"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb5wspa"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb5wspa"></script>