KWP pertimbang sambung Wilayah Bebas Berniaga
Iklan
KUALA LUMPUR - Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) akan mempertimbang untuk meneruskan inisiatif Wilayah Bebas Berniaga (WBB) yang dijangka tamat Disember ini.
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata, WBB banyak membantu dan mempermudah peniaga menjana pendapatan ketika pandemik Covid-19.