MAIK rakam terima kasih kepada Kerajaan Negeri
Iklan
KOTA BHARU – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) merakam ucapan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana telah mengumumkan kenaikan kadar elaun kepada pegawai masjid mukim melibatkan imam tua, imam muda dan bilal.
Yang Dipertua MAIK, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, kenaikan kadar elaun tersebut iaitu RM150 sebulan untuk imam tua dan imam muda dan RM50 sebulan untuk bilal masjid mukim di seluruh Kelantan amat bertepatan dengan perkembangan terkini memandangkan tugas pegawai masjid mukim lebih mencabar ketika musim pandemik Covid-19.